Isnin, 19 Oktober 2009

MESYUARAT AGONG KE 7









Buat julung kalinya dibawah pentadbiran baru mengadakan mesyuarat agong....Syabas kepada AJK dan pentadbir sekarang serta sekalung tahniah Buat Che Mat dan rakan-rakan yang sekian lama bertungkus lumus untuk mentadbir serta menjaga masjid..Buat AJK lama jazakallahukhairan khathiran...semoga pengorbanan kalian dibalas Allah.Jasa terakhir AJK lama ialah Pembelian Estima untuk dijadikan Kereta Jenazah......Kami sedia menyediakan khidmat penghantaran keceruk pelusuk negara dengan kereta Baru......
Mesyuarat seperti biasa kehadiran alhamdulillah dan selesai sudah 1230 pm.Mesyuarat dirasmikan oleh penghulu Rantau Panjang.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    1. Saya adalah kalangan kariah yang hadir pada mesyuarat agung ke-7 yang lalu dan secera peribadi melihat perjalanan mesyuarat tersebut berlangsung secara tenang tetapi tergesa-gesa.

    2. Saya melihat AJK yang baru yang dilantik terutama Tuan nazir tidak bersedia untuk menjawap segala soalan dan pertayaan dari anak kariah sedangkan itu adalah matalamat kita bermesyuarat.

    3. Saya juga melihat ada kalangan AJK tersebut agak tidak berdisiplin dan menjaga imej. Ketrampilan mereka seolah-olah mesyuarat ini tidak membawa apa-apa makna kepada beliau, pihak masjid dan kepada anak kariah itu sendiri.

    4. Tuan Nazir kita agak berat untuk menjawab setiap soalan mahupun pertanyaan dari anak-anak kariah di dalam mesyuarat tersebut. Ini jelas menampakkan betapa Tuan Nazir kita ini sebenarnya tidak ada sikap tanggungjawab atau beliau tiada pengetahuan mengendali mesyuarat yang besar ini.

    5. Oleh hal yang demikian, elok AJK yang baru dilantik ini tidak terus lena tetapi sebaliknya harus berusaha menjadikan pentadbiran Masjid As-Saadah lebih baik kerana khidmat anda sekelian bukan percuma.

    Wassalam.

    BalasPadam