Selasa, 27 Oktober 2009

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,



Zaharuddin ABd Rahman

www.zaharuddin.net

Isnin, 19 Oktober 2009

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA JKKPP

















bUAT JULUNG KALINYA masjid dengan kerjasama JKKPP mengadakan majlis aidul fitri...Kehadiran mengalakkah dengan mengorbankan seekor lembu..terima kasih ketua kg dan AJK...syukran penduduk yg sanggup memasak dan melayan tetamu...segala kekurangan kami mohon maaf kerana baru belajar mentadbirrrrrrrrrrr...InsyaAllah tahun depan kita adakan lagi.

MESYUARAT AGONG KE 7









Buat julung kalinya dibawah pentadbiran baru mengadakan mesyuarat agong....Syabas kepada AJK dan pentadbir sekarang serta sekalung tahniah Buat Che Mat dan rakan-rakan yang sekian lama bertungkus lumus untuk mentadbir serta menjaga masjid..Buat AJK lama jazakallahukhairan khathiran...semoga pengorbanan kalian dibalas Allah.Jasa terakhir AJK lama ialah Pembelian Estima untuk dijadikan Kereta Jenazah......Kami sedia menyediakan khidmat penghantaran keceruk pelusuk negara dengan kereta Baru......
Mesyuarat seperti biasa kehadiran alhamdulillah dan selesai sudah 1230 pm.Mesyuarat dirasmikan oleh penghulu Rantau Panjang.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Mesyuarat Agong Ke 7

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat agong masjid akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 18hb Oktober 2009
Masa : 9 A.M hingga 12 PM
Tempat: Dewan Masjid

Ahli kariah dijemput hadir.

Ahad, 11 Oktober 2009

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.Wassallam

DOSA KUKU PANJANG

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut .. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodohatau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanyajugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya."Sabda bagindalagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatanketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan diake atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukurperbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allahberkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.

Selasa, 6 Oktober 2009

ZIARAH KUBUR


Disunnahkan (disyari'atkan) menziarahi kubur:
عن بريدة بن الحصيب رضي الله عنه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها
Maksud: Dari Buraidah B. Al-Hushaib radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, tetapi sekarang ziarahilah. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana'iz, no. 1623)
فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يَزُورَ فَلْيَزُرْ وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
Maksud: Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak menziarahi kubur, hendaklah dia melakukannya, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang batil. (Hadis Riwayat an-Nasa'i, Bab ziarah Kubur, no. 2006. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa'i, no. 2033)
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ثَلَاثٍ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَلْتَزِدْكُمْ زِيَارَتُهَا خَيْرًا
Maksud: Dulu aku melarang kamu dari tiga perkara (iaitu) menziarahi kubur, tetapi sekarang, ziarahilah ia dan hendaklah ziarah yang kamu lakukan itu menambah kebaikan... (Hadis Riwayat an-Nasa'i, Kitab adh-Dhohaya, no. 4353. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa'i, no. 5653)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ
Maksud: Dari Abi Hurairah, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:Menziarahi kubur, dengannya dapat mengingati akhirat. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab Ziarah Kubur, no. 1558. Ahmad, Musnad Ahmad, 3/179, no. 1173. Dinilai Shahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Ibnu Majah, no. 1569 dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, no. 7829)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّ فِيهَا عِبْرَةً
Maksud: Dari Abi Sa'id al-Khudri, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur, tetapi sekarang, kamu sudah boleh berziarah kerana sesungguhnya di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 22/466, no. 10901. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/77. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/414, no. 1335. Dan beliau menyatakannya Sahih di atas syarat Muslim. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Targhib wa at-Tarhib, no. 3543)
زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
Maksud: Menziarahi kubur itu melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 27/47, no. 13000. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/421, no. 1342. Hadis daripada Anas B. Malik)Sunnah Ziarah Kubur Adalah Umum Sama ada Kubur Kaum Muslimin Atau Orang Kafir:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ عِنْدَ قَبْرٍ وَهِيَ تَبْكِي فَقَالَ اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي
Maksud: Dari Anas B. Malik radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang berada di perkuburan dan sedang menangis. Maka beliau pun berkata kepadanya:Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah... (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Ziarah Kubur (Kitab al-Jana'iz), 4/476, no. 1174)Syaikh al-Albani menukilkan:
وقال العيني في (العمدة) (3 / 76): وفيه جواز زيارة القبور مطلقا، سواء كان الزائر رجلا أو امرأة: وسواء كان المزور مسلما أو كافرا، لعدم الفصل في ذلك
Maksud: Dan telah berkata al-'Aini di dalam (kitab) Syarahnya iaitu al-'Umdah (3/76): Di dalam hadis tersebut memiliki pengertian yang membolehkan perbuatan menziarahi kubur secara mutlak, sama ada lelaki mahu pun perempuan, atau yang diziarahi itu Muslim atau pun kafir disebabkan tiadanya penjelasan berkenaan dengannya. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz'iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, Cet. 2 September 2006)Imam an-Nawawi juga turut menjelaskan bahawa perbuatan menziarahi kubur adalah umum (dibolehkan secara mutlak) sama ada kubur orang Islam atau orang kafir:
قال النووي: وبالجواز قطع الجمهور، وقال صاحب الحاوي: لا تجوز زيارة قبر الكافر وهو غلط
Maksud: Berkata imam an-Nawawi: Secara pasti bahawa jumhur ulama membolehkan ziarah kubur. Penulis kitab al-Haawii (Abul Hasal al-Mawardi) berkata: "Tidak dibolehkan menziarahi kubur orang kafir". Dalam perkara ini, dia telah salah (gholath). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz'iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, Cet. 2 September 2006)Juga terdapat hadis yang menjelaskan bolehnya menziarahi kubur orang yang matinya di dalam keadaan tidak memeluk Islam. Di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ
Maksud: Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, maka orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis. Beliau pun bersabda:Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh kerana itu, ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana'iz, no. 1622)Tujuan Menziarahi Kubur:Pertama:
انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة
Maksud: Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 188, Maktabah Syamilah)Di antara lain, daripada hadis-hadis di atas dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur dapat:1 - Mengingati akhirat,2 - di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan3 – dapat melembutkan hati.Kedua:
نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم
Maksud: Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)Sunnah Mendoakan Ahli Kubur (Apabila Menziarahi Kubur):
عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ
Maksud: Dari 'Aisyah (beliau berkata):Bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah pergi ke tanah perkuburan Baqi'. Kemudian, beliau mendoakan para penghuninya.'Aisyah bertanya kepada beliau berkenaan perkara tersebut, maka beliau menjawab:Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mendoakan mereka. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad ahmad, 52/110, no. 24952. Sanadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih sebagaimanya dinyatakan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana'iz, m/s. 189)Doa Ketika Menziarahi Kubur:Dari sebuah hadis yang agak panjang:
كَيْفَ أَقُولُ لَهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟قَالَ: قُولِي:السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاَحِقُونَ
Maksud: ('Aisyah bertanya) Bagaimana harus aku katakan (doakan) kepada mereka (ahli kubur) wahai Rasulullah?Beliau menjawab, katakanlah:Semoga keselamatan dilimpahkan kepada kamu semua, wahai para penghuni kubur, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang telah meninggal dunia terdahulu atau terkemudian. Sesungguhnya, insyaAllah kami akan menyusul bertemu kamu semua. (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)Disunnahkan (atau dibolehkan) mengangkat tangan ketika mendoakan ahli kubur berdasarkan dari hadis yang sama:
فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ
Maksud: (Ketika di perkuburan Baqi') Beliau berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan beliau pun kemudiannya terus pulang... (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)Ketika berdoa tidak boleh menghadap ke arah kubur, tetapi hendaklah menghadap ke arah kiblat. Ini adalah kerana terdapat larangan bersolat dengan menghadap ke arah kubur. Dan terdapat pula hadis yang sahih menjelaskan bahawa doa itu adalah ibadah. (Untuk penjelasan lanjut, rujuk: al-Albani, Ahkamul Janai'z)Disunnahkan Membuka Selipar/Kasut:Adalah disunnahkan supaya membuka kasut/selipar ketika menziarahi kubur. Ini berdasarkan hadis berikut:
(بينما أماشي رسول الله (ص)...أتى على قبور المسلمين...فبينما هو يمشي إذ حانت منه نظرة، فإذا هو برجل يمشي بين القبور عليه نعلان، فقال: يا صاحب السبتيتين ألق سبتيتيك، فنظر، فلما عرف الرجل رسول الله (ص) خلع نعليه، فرمى بهما
Maksud: Ketika aku menemani Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, di ketika melalui perkuburan kaum Muslimin... Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berjalan, tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada satu arah. Ternyata beliau melihat seorang lelaki berjalan-jalan di antara kubur dengan mengenakan sepasang terompah, maka beliau pun bersabda:Wahai orang yang memakai dua terompah, celaka kamu, lepaskanlah kedua terompahmu itu.Maka orang tersebut pun memandang dan ketika orang itu mengetahui bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/80. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 13/334, no. 3237. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/407, no. 1328)Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:
والحديث يدل على كراهة المشي بين القبور بالنعال
Maksud: Dan hadis ini menunjukkan dimakruhkannya berjalan di antara kubur dengan memakai sandal (kasut/selipar/terompah). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 199, Maktabah Syamilah)Manakala Syaikh al-Albani berkata:
والاقرب أن النهي من باب احترام الموتى، فهو كالنهي عن الجلوس على القبر
Maksud: Yang lebih dekat dengan kebenaran adalah bahawa larangan tersebut sebagai sebuah tindakan menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia. Ia sama juga seperti larangan duduk-duduk di atas kuburan. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 200, Maktabah Syamilah)Menziarahi Kubur Di Waktu Malam:Terdapat juga contoh dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa beliau menziarahi kubur di waktu malam.Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang agak panjang, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam keluar menziarahi perkuburan Baqi' di waktu malam dan mendoakan untuk penghuninya. (Rujuk: Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)Kesimpulan/Ringkasan:1 – Disunnahkan menziarahi kubur bagi umat Islam sama ada yang lelaki atau wanita.2 – Ziarah kubur tidak terhad kepada kubur-kubur yang tertentu dan khusus. Tetapi ia adalah bersifat umum kepada mana-mana kubur umat Islam (yang terdekat). Juga tidak dikhususkan kepada kubur ahli keluarga semata-mata.3 – Dibolehkan menziarahi kubur orang kafir.4 – Disunnahkan memberi salam ketika sampai ke kuburan, kemudian mendoakan kebaikan dan keampunan bagi si mati. Ini adalah khusus jika menziarahi perkuburan umat Islam.5 – Menziarahi kubur memiliki beberapa faedah seperti dapat mengingati kematian dan melembutkan hati.Beberapa Contoh Tokok Tambah dan Salah Faham Masyarakat Terhadap Sunnah Menziarahi Kubur:1 – Menziarahi perkuburan tertentu sahaja. Seperti mengkhususkan kepada kubur ahli keluarga tertentu.2 – Berpendapat bahawa haram hukumnya menziarahi kubur orang kafir.3 – Membacakan al-Qur'an di perkuburan. Sedangkan di kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Qur'an.4 – Mensedekahkan/menghadiahkan bacaan al-Qur'an atau Surah al-Fatihah kepada si mati di setiap kali menziarahi kubur.5 – Melakukan safar (perjalanan jauh) kerana untuk menziarahi kubur-kubur tertentu. Sedangkan perbuatan tersebut adalah termasuk larangan.6 – Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya.7 – Bertahlil. Sedangkan amalan tahlilan itu adalah bid'ah, maka apatah lagi jika ia dilaksanakan di perkuburan. Maka, yang batil akan menjadi lebih batil lagi.9 – Berdoa kepada si mati (memohon hajat kepada si mati/penghuni kubur). Seperti memintah berkat atau meminta nombor ramalan.10 – Mengirimkan salam kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui orang yang menziarahi kubur Rasulullah.11 – Membina binaan tertentu di atas perkuburan. Seperti tembok atau malah ada yang sehingga membina seakan-akan rumah.12 – Menjiruskan air mawar ke atas kubur.13 – Meratap dan menangis teresak-esak di atas kubur.Wallahu a'lam...

Ziarah Madinah

MADINAH Al-Munawwarah merupakan kota suci kedua Islam selepas Makkah Al-Mukarramah. Terletak di sebelah utara kota Makkah. Ia berada di atas ketinggian 625 meter dari paras laut.
Batas Tanah suci Madinah adalah di antara Jabal 'Iyr di sebelah selatan dan Jabal Thawr di sebelah utara. Jaraknya lebih kurang 16 kilometer. Di sebelah timur dan barat disempadani dengan dua batuan hitam dipanggil Harrah Syarqiah dan Harrah Gharbiyah.
Sejarah Madinah
Kota Madinah pada asalnya dikenali dengan nama Kota Yathrib sempena orang yang membuka kota ini iatu Yathrib ibnu Ubayl Ibnu 'Iwadh berketurunan dari Nabi Nuh a.s. melalui anaknya Sam ibnu Nuh. Selepas itu 'Amalek Bani Imlak telah membuka penempatan dan ladang.
Dari sebuah penempatan kecil, Yathrib berkembang menjadi sebuah kota dan didiami oleh dua bangsa utama iaitu Yahudi dan Arab. Bangsa Yahudi terdiri dari tiga puak utama Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Mereka menguasai ekonomi kota Yathrib ini.
Sementara itu, bangsa Arab pula terdiri dari suku Aus dan Khazraj. Mereka selalu bertelagah sesama sendiri sehingga kedatangan hamba Allah yang Mulia ke kota mereka.
Hijrah Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah sampai di Quba' sebuah tempat di selatan Madinah baginda berhenti di rumah Kalthum Ibnu Hidam dan baginda membangunkan Masjid di sana.
Masjid ini kemudiannya diberi nama Masjid Qubba' dan ia merupakan masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW.
Setelah Rasulullah berkampung di sana selama tiga hari, baginda kemudiannya bertolak ke Madinah. Kebetulan hijrah baginda SAW itu pada hari Jumaat. Apabila masuk waktu zuhur Rasulullah solat di suatu tempat dan terbinanya masjid yang dikenali sebagai Masjid Jumuah.
Apabila Rasulullah tiba di Kota Madinah dengan menunggang untanya, orang ramai berebut-rebut memegang tali untanya. Namun baginda dengan penuh adab sopan dan diplomasi meminta mereka membiarkan unta tunggangannya bergerak bebas dan memilih tempat perhentiannya sendiri.
Baginda telah berhenti di atas sebidang tanah tempat mengeringkan buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim peliharaan As'ad ibnu Zurarah. Anak yatim itu bernama Sahlun Ibnu Amru dan Suhaiyl ibnu Amru.
As'ad ibnu Zurarah telah memberikan tanah tersebut sebagai hibah (hadiah) kepada Rasulullah SAW tetapi baginda menolaknya. Baginda membeli tanah tersebut dengan harga 10 dinar dan dibayar oleh Abu Bakar al-Siddiq.
Rasulullah kemudiannya menjadi tetamu Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd al-Ansari. Rumahnya terletak betul-betul di hadapan tanah tersebut. Hampir setahun Rasulullah menetap di sana.
Masjid Nabawi
Pembinaan Masjid Nabawi bermula pada hari kedua ketibaan Rasulullah SAW di kota Madinah. Pada asalnya terdapat pohon tamar dan pohon-pohon qharqad yang berduri dan perkuburan bukan orang Islam di tanah tersebut.
Setelah kawasan tersebut dibersihkan dan perkuburan lama dipindahkan, baginda SAW bersama sahabat-sahabat baginda memulakan pembinaan masjid meliputi kawasan seluas kira-kira 850.5 meter persegi dan 2.9 meter tinggi.
Dindingnya adalah dari campuran batu dan tanah. Tiangnya dari batang-batang tamar dan atapnya dari pelepah tamar manakala lantainya dari tanah liat.
Ia juga tidak mempunyai mihrab dan mimbar pada permulaan pembinaannya.
Ziarah Madinah
Ziarah Madinah boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama ziarah dalam dan kedua ziarah luar.
Ziarah Dalam
Kebiasaannya jemaah haji yang tiba di Madinah akan bermukim di sana lebih kurang lapan hari. Pada pagi hari pertama jemaah haji tiba, mereka akan dibawa ziarah dalam.
Jemaah haji akan ditunjukkan Babus (pintu) Salam. Bagi Jemaah lelaki mereka akan masuk melalui Babus Salam kemudian terus ke ruang solat untuk solat tahiyatul masjid. Setelah solat jemaah haji akan ditunjukkan rawdah iaitu kawasan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW: "Taman di antara taman-taman syurga".
Jika berkesempatan jemaah akan dapat masuk untuk solat dan berdoa di dalamnya. Jika terlalu ramai jemaah haji hendaklah terus menuju Babul Baqi'.
Selepas melalui mihrab, di sebelah kiri terdapat ruang yang telah dikepung dengan dinding dan jaring besi yang berukir. Di tengah-tengahnya terdapat tiga lubang yang besar sekali seakan-akan permukaan hajar aswad. Setentang dengan tempat inilah Rasulullah dimakamkan.
Di sebelah baginda kemudiannya kubur Saidina Abu Bakar dan diikuti Saidina Umar. Setelah memberi salam dan membaca doa jemaah haji hendaklah terus keluar ke Babul Baqi'.
Di luar masjid, setentang dengan Babul Baqi' terletak perkuburan bagi'. Jika berkesempatan jemaah haji lelaki bolehlah menziarahi perkuburan ini. Perkuburan Baqi' biasanya dibuka di antara selepas subuh sehingga jam 8.30 pagi dan selepas asar sahaja.
Bagi jemaah haji wanita mereka akan dibawa ke hadapan Babus Salam sahaja. Kemudian mereka akan dibawa di hadapan Masjid Nabawi. Di sana jemaah haji wanita akan ditunjukkan Qubbatul Khadra' (kubah hijau). Di bawah kubah hijau itulah Rasulullah SAW bersemadi.
Jemaah wanita hanya memberi salam kepada Rasulullah dan dua orang sahabatnya dari kawasan berkenaan kemudian mengadap kiblat untuk membaca doa.
Jemaah haji wanita kemudian ditunjukkan perkuburan Baqi' dari luar. Setelah membaca doa untuk ahlul Baqi' mereka kemudiannya memasuki masjid melalui Babul Ali atau pintu bernombor 29.
Sebelum ke rawdah jemaah haji terpaksa menunggu giliran untuk memasuki kawasan rawdah secara kumpulan. Kebiasaannya jemaah haji wanita dibenarkan masuk ke kawasan rawdah mengikut kumpulan benua.
Ziarah luar
Pada pagi keesokannya jemaah haji akan dibawa ziarah luar. Jemaah haji akan dibawa melawat kawasan yang bersejarah.
Masjid Quba'
Masjid Quba' terletak di perkampungan Bani Amru ibnu Auf iaitu kira-kira tiga kilometer (km) ke selatan dari Kota Madinah.
Rasulullah tiba di Quba' pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M. Masjid in dibina di atas sebidang tanah tempat pengeringan tamar milik Kulthum ibnu Hadam.
Ia dinamakan Masjid Quba' sempena nama sebuah perigi yang berada di tempat tersebut. Setelah selesai pembinaan masjid Rasulullah bersama sahabat solat berjemaah secara terbuka berkiblatkan Baitul Maqdis.
Masjid ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Allah SWT merakamkan di dalam surah al-Taubah ayat 108 tentang kelebihan bersolat di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya...
Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang keluar dari rumahnya kemudian sampai di Masjid Quba' dan bersembahyang di dalamnya baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah". (riwayat Nasa'iy dan ibn Majah).
Oleh : Sdr MOHD. RAZALI ZAKARIA

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hari Bersejarah

2 Oktober tarikh bersejarah bagi masjid kami kerana buat julong kalinya Streamyx dipasang.Semoga ICT akan menjadi alat penghubung bagi masjid bandar sultan sulaiman dengan dunia tanpa sempadan.Insyaallah masjid kami sedikit masa lagi akan diistiharkan Zon WIFI bandar sultan sulaiman.Bagi penduduk dan mana-mana musafir bolehlah menggunakan khidmat kami dengan percuma.
ICT penghubung tanpa sempadan.

Rabu, 30 September 2009

Pesanan Ibadah Puasa


Manusia dalam kehidupannya sentiasa dalam ujian, yakni diuji Allah SWT siapakah yang terlebih baik amalannya. Umpama anak-anak sekolah menghadapi kertas ujian. Bukan maksud guru untuk mendera dan menyusahkan murid-murid, tetapi untuk melihat peningkatan mereka dan memberikan mereka anugerah dan pengiktirafan setelah mereka lulus dan berjaya dalam peperiksaan tersebut. Demikianlah ibadah puasa mendidik seorang muslim. Puasa sentiasa diperintahkan, baik puasa sunat Isnin Khamis, Puasa Rejab, Sya’ban dan puncaknya sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa memang memayahkan tubuh dan menyiksakan syahwat. Dengan berpuasa kita dilarang menikmati hidangan, padahal perut selalu lapar. Begitu juga mata dilarang menonton filem-filem, telinga dilarang mendengar lagu-lagu (yang sia-sia), manakala hati diperintahkan tunduk dan khusyuk. Dalam melakukan ibadah puasa seorang muslim diperintahkan meningkatkan amalan-amalan lainnya, yang semuanya tidak disenangi oleh hawa-nafsu, tetapi sesungguhnya baik untuk meningkatkan kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT. Misalnya banyak bersedekah, menolong meringankan beban orang lain, bertadarus Al-Qur’an, solat tarawih, qiamullail dan sebagainya. Semuanya ini menyita masa dan kesenangan seseorang yang umumnya suka bersenang-senang dan santai. Jadi tujuan ibadah puasa ialah untuk meningkatkan kualiti iman dan akhlak seseorang. Ini tidak terhenti setakat demikian, tetapi seorang muslim dengan latihan di atas dimotivasikan supaya usaha yang dimulakan ini diteruskan ke hari-hari depannya. Bukan apabila puasa Ramadhan habis habis pulalah motivasi mereka untuk giat beribadah. Ini satu kekeliruan yang perlu dielakkan oleh seorang yang beriman. Ertinya jika Ramadhan mengajar kita menerapkan akhlak yang mulia, memperbanyakkan sedekah dan membaca Al-Qur’an maka dibulan-bulan seterusnya demikian juga hendaknya. Jadi ibadah itu perlu meningkat seperti meningkatnya kelas pelajar disekolah-sekolah. Dari darjah satu misalnya meningkat keperingkat Universiti. Dari tidak tahu membaca dan menulis sampai tahu. Dari sekadar mengetahui asas-asas solat pada mulanya, sehingga mampu mempraktikkan solat gred A, iaitu solat yang baik dan sempurna. Dari hanya mempraktikkan yang wajib-wajib sahaja kepada ditambahkannya yang sunat-sunat, dari malas menuntut ilmu kepada mencintainya, dari malas mendatangi masjid dan surau kepada rajin untuk solat jamaah setiap waktu. Demikianlah amalan seorang muslim.
Kesalahan Kita

Kaum muslimin sekarang sedang merayakan Aidil Fitri, sesungguhnya jika mereka menjalani ibadah puasa dengan baik dan benar, dengan memenuhi semua syarat-syarat serta rukun-rukunnya, Allah SWT menjanjikan keampunan dan membersihkan mereka dari semua dosa-dosa, sebagaimana bayi yang baru dilahirkan. Terkecuali untuk dosa-dosa besar. Dosa-dosa besar mesti dilakukan taubat. Maka umat Islam diingatkan supaya tidak sampai lupa iktibar puasa yang baru saja mereka kerjakan. Jangan sampai seorang muslim kerugian dengan mudah atas kecuaian mereka yang tidak dapat mengendalikan diri, berikutnya menghapuskan pahala-pahala yang baru mereka perolehi. Misalnya melakukan pembaziran atas nama menyambut Syawal, (kerana pembaziran itu adalah saudara syaitan), atau seperti mengumbar-ngumbar wang sesuka hati, contohnya dengan membakar mercun, menukar perabut baru, langsir baru, padahal yang lama masih elok, meneruskan tabiat merokok dan lain sebagainya. Demikian juga sikap buruk yang dikecam agama seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas, atau berkasih-kasihan sebelum berkahwin seperti yang selalu dipraktikkan oleh golongan remaja saat ini. Ini semua ditegah agama.

Jalan Perbaikan

“Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Tuhan ialah orang yang lebih bertaqwa” - Q.S.: Al-Hujurat: 13. Bagaimana supaya seruan ini dapat difahami dan supaya perintah takwa ini dapat dikekalkan penghayatan serta amalannya? Kehidupan dunia demikian pendek dan sesaat sifatnya. Umur yang sekarang 40 tahun atau 60 tahun dirasakan sebentar cuma. Betapapun anda pernah merasakan kesakitan atau nikmat, semuanya ibarat angin lalu. Ia menyentuh kulit kita kemudian berlalu pergi. Umur setiap orang semakin berkurang setiap detik, lalu apakah kita menyedari akan hal ini. Umur yang meningkat, gigi yang rontok, rambut yang memutih, kulit yang mula berkedut semuanya adalah amaran dan peringatan dari Al- Islam memerintahkan umatnya supaya sentiasa mengimarahkan masjid dan Surau rajin menuntut ilmu lah. Ertinya kehidupan ini tidak lama dan akan segera meninggalkan kita. Cuma kita mengingatnya atau tidak saja. Kita selalu dilalaikan oleh dunia, padahal agama menyatakan sebaliknya. Bagaimana agar insan ini selalu beroleh kesedaran? Hendaklah seorang muslim sentiasa mempertingkatkan pemahaman agamanya. Banyakkan menghadiri kuliah-kuliah agama, giatkan menuntut ilmu dan mencintai amal.Hendaklah setiap muslim banyak membaca buku-buku agama dan majalah-majalah Islam. Misalnya yang sangat baik seperti buku, Nasihat Agama Dan Wasiat iman, karya Imam Habib Abdullah Al-Haddad, buku, Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Al-Islam, karya Said Hawwa, La Tahzan, karya Dr. ‘Aidh Al-Qarni, kitab sirah seperti, Sirah Rasulullah SAW, karya Syaikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuriy, dan lain sebagainya. Kalau majalah seperti majalah “i”, misalnya, atau Anis. Untuk para pelajar sekolah rendah langganlah majalah-majalah seperti Asuh, Awlad, Ana Muslim atau Sayang Muslim.
Untuk memastikan juga supaya takwa, ibadah dan akhlak kita kekal baik dan semakin bermutu, hendaklah kita memilih teman atau sahabat yang soleh, sahabat yang mencintai Islam, yang selalu melazimi masjid-masjid Allah. Sebab dengan siapa kita berteman akan mempengaruhi akhlak kita. Ada pepatah yang berbunyi: “Kalalu anda hendak melihat seseorang, lihatlah dengan siapa dia bersahabat.” Sebab bersahabat itu pengaruh mempengaruhi. Berteman dengan seorang jahat,kita menjadi jahat, berkawan dengan seorang buruk kita menjadi buruk. Dan memang salah-satu sebab kerosakan manusia ialah salah dalam mendampingi sahabat. Apakah anda melihat seorang yang berkawan dengan seorang kaki maksiat mencintai masjid? Tentu tidak bukan.
Akhir sekali supaya seorang muslim dapat bermotivasi mengekalkan takwa dan memelihara baik akhlak keIslamannya iktibar dari amalan puasa tadi ialah dengan patuh kepada disiplin. Kerana tidak akan berjaya suatu kaum yang tidak menetapi disiplin. Dan disiplin itu adalah dari tekad dan azam sendiri yang dimotivasikan oleh agama tadi. Contohnya azam untuk berhenti merokok. Ambillah segala jenis pil atau ubat, tidak akan berjaya berhenti—ubatnya adalah tekad dan azam yang teguh serta memohon pertolongan Allah. Ya Allah bantulah kami untuk mengingat-Mu, mensyukuri-Mu dan membaguskan Ibadah kami ke hadhirat-Mu - amin.

Selasa, 8 September 2009

USTAZ TUAN SAFUAN TUAN ISMAIL,KIAS.KOTA BHARU,KELANTAN


Bila tiba saja bulan ramadhan, umat Islam pasti akan menyebut-nyebut malam lailatul qadar. Dan perbincangan yang paling banyak ialah tentang bilakah malam lailatul qadar. Ini kerana semua sudah maklum tentang kelebihannya dan kewujudannya, namun tiada siapa yang mengetahui dengan tepat tentang bilakah malamnya.Dinamakan sebagai Lailatul Qadar kerana al-Qadr bererti “nilai”. Ini kerana malam tersebut adalah malam yang sangat bernilai kerana padanya diturunkan al-Qur’an, padanya turunnya para Malaikat, turunnya rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Atau dinamakan juga sebagai malam yang bernilai kerana orang yang menghidupkannya dengan ibadah adalah orang yang mempunyai nilai di sisi Allah SWT dengan bertambah pahalanya dan darjatnya. Atau dinamakan juga sebagai lailatul qadar, dengan al-Qadr bererti sempit. Ini kerana ilmu tentang bilakah malam tersebut telah dipersempitkan sehingga tidak diketahui bilakah malamnya secara pasti. Atau juga kerana dunia yang luas ini menjadi sempit pada malam tersebut kerana dipenuhi dengan para malaikat yang begitu ramai turun padanya. Atau dinamakan lailatul qadar dengan al-Qadar (huruf Dal berbaris fathah) bererti ketentuan. Ini kerana pada malam tersebut para Malaikat menulis ketentuan-ketentuan takdir, rezeki, ajal dan sebagainya untuk tahun tersebut. Di mana, para Malaikat akan mengetahui apa yang akan berlaku, supaya mereka boleh laksanakan perintah yang dititahkan oleh Allah SWT.Terdapat banyak hadis yang membincangkan tentang malam lailatul qadar. Dan antara hadis yang boleh dijadikan panduan dalam mencari malam lailatul qadar ialah:Hadis pertama:عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَErtinya: Aisyah r.a. menyatakan: “Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan, dan baginda bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.Hadis kedua:عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَAisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.Hadis ketiga:عن ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِيErtinya: Ibn Umar r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir. Dan jika kamu lemah, maka janganlah lagi lemah (dalam mencarinya) pada tujuh (malam) yang masih berbaki”. Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan hadis-hadis tadi ialah lailatul qadar itu berada pada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: (hadis keempat)هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِErtinya: “Ia (lailatul qadar) adalah pada sepuluh yang akhir”. Hadis riwayat Bukhari. Bahkan Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir. Namun tidak diketahui pada malam manakah daripada malam yang sepuluh itu. Kerana inilah Qadhi I’yadh menyatakan, tidak ada satu malam pun daripada sepuluh malam yang terakhir melainkan ada pendapat ulamak yang memilihnya sebagai lailatul qadar. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 333.Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari telah menaqalkan lebih daripada empat puluh enam pendapat tentang bilakah lailatul qadar. Dan kesimpulan yang beliau nyatakan ialah: “…Dan yang paling rajih (tepat) ialah lailatul qadar itu pada (malam-malam yang) ganjil pada sepuluh malam yang terkahir. Dan ia pula berpindah-pindah sebagaimana yang difahami daripada hadis-hadis dalam bab ini. Dan yang paling diharapkan ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh yang terakhir ini, dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi para ulamak mazhab Syafie ialah malam dua puluh satu atau malam dua puluh tiga sebagaimana hadis Abu Said al-Khudri (mlm 21) dan hadis Abdullah bin Unais (malam 23). Dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi jumhur (majoriti) ulamak pula ialah pada malam dua puluh tujuh”. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 335.Dan bagi Imam Syafie, malam yang paling diharapkan berlakunya lailatul qadar ialah malam ke dua puluh satu. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan: “Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. Rujuk Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424.Dan antara hadis yang menguatkan pandangan ini ialah,Hadis kelima:عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي رَمَضَانَ الْعَشْرَ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ حِينَ يُمْسِي مِنْ عِشْرِينَ لَيْلَةً تَمْضِي وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ رَجَعَ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ وَأَنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ قَدْ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَثْبُتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ أُرِيتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا فَابْتَغُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَابْتَغُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَاسْتَهَلَّتْ السَّمَاءُ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ فَأَمْطَرَتْ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَبَصُرَتْ عَيْنِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَظَرْتُ إِلَيْهِ انْصَرَفَ مِنْ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُمْتَلِئٌ طِينًا وَمَاءًErtinya: Abu Said al-Khudriy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. beriktikaf dalam bulan Ramadhan pada 10 hari pertengahan bulan. Bila sampai hari ke dua puluh, baginda pulang ke rumah baginda. Dan orang-orang yang beriktikaf bersama mereka juga pulang. …kemudian baginda bersabda: “Aku beriktikaf pada sepuluh hari ini (pertengahan bulan), kemudian jelas kepadaku untuk beriktikaf pada sepuluh yang terkahir ini. Maka sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendaklah dia kembali beriktikaf di tempat iktikafnya. Dan sesungguhnya aku sudahpun diperlihatkan (bilakah) malam lailatul qadar, kemudian aku dilupakannya. Maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir, dan carilah pada setiap (malam yang) ganjil. Dan sesungguhnya aku melihat (tandanya ialah) aku bersujud di atas air dan tanah yang lembik (selut). Dan pada malam itu (malam dua puluh satu) turunnya hujan, sehingga menitis (air hujan) ke dalam masjid di tempat solat Rasulullah s.a.w. Dan aku melihat Rasulullah s.a.w. setelah selesai dari solat subuh, wajah baginda penuh dengan air dan tanah yang lembik. Hadis riwayat Bukhari.Sebahagian ulamak Syafieyyah menganggap malam 21 adalah malam pertama sepuluh malam yang terakhir, dan ia adalah malam lailatul qadar. Ibn Hazm al-Zahiri pula berpendapat lailatul qadar adalah pada malam ke 21 jika bulan Ramadhan hanya 29 hari, dan ia adalah pada malam ke 20 jika bulan itu genap 30 hari. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 332.Dan bagi yang berpendapat ia adalah malam ke 23, mereka berpandukan kepada hadis riwayat Muslim, daripada Abdullah bin Unais r.a. sebagaimana hadis tadi (hadis keempat, riwayat Abu Said al-Khudri), cumanya dalam hadis tersebut dinyatakan ia adalah pada malam ke 23. Dan Abdullah bin Unais r.a. juga berpendapat demikian. Dikuatkan lagi dengan kata-kata Muawiyah r.a. bahawa malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23. Riwayat Ibn Abi Syaibah, dengan isnad yang sohih. Tambahan lagi malam ke 23 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang berbaki, jika bulan tersebut hanya 29 hari.Dan bagi yang berpendapat ia adalah pada malam ke 24, mereka berhujah dengan kata-kata Ibn Abbas: “Carilah (lailatul qadar) pada malam ke dua puluh empat”. Riwayat Bukhari. Namun ada juga yang menganggap maksud Ibn Abbas ialah malam 24 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang masih berbaki, yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. untuk kita mencari lailatul qadar.Dan jumhur ulamak pula yang menganggap kemungkinan terbesar lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Mereka berdalilkan denganHadis keenam:عن زِرّ بْن حُبَيْشٍ يَقُولُ: سَأَلْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَخَاكَ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ يَقُمْ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ: أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ. أَمَا إِنَّهُ قَدْ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ. فَقُلْتُ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ؟ قَالَ: بِالْعَلَامَةِ أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لَا شُعَاعَ لَهَاErtinya: Zir bin Hubaisy berkata, aku bertanyakan Ubai bin Kaab tentang kata-kata Ibn Mas’ud: “Sesiapa yang bangun beribadat sepanjang tahun, maka dia akan mendapat lailatul qadar”. Lalu Ubai r.a. menjawab: Tujuan Ibn Mas’ud r.a. adalah supaya orang ramai tidak hanya bergantung pada tarikh tertentu dan meninggalkan ibadat. Sebenarnya beliau memang tahu bahawa ia hanya pada bulan ramadhan, dan ia hanya pada sepuluh malam yang terakhir dan ia adalah pada malam ke 27. Kemudian beliau (Ubai bin Kaab r.a.) bersumpah tanpa teragak-agak bahawa lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Lalu aku (Zir bi Hubaisy) bertanya: Apakah sebab kamu berkata demikian wahai Abul Munzir (gelaran Ubai bin Kaab r.a.)? Beliau menjawab: Dengan alamat atau tanda yang mana Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kami bahawa (matahari) pada hari itu akan timbul tanpa sinaran cahaya. Hadis riwayat Muslim.Dan yang menguatkan lagi ia adalah pada malam 27, perkataan ( هي ) yang bererti ia (kata ganti nama yang merujuk kepada lailatul qadar), pada surah al-Qadar adalah kalimah yang ke 27. Tambahan lagi, kalimah lailatul qadar ( ليلة القدر ) dalam bahasa arab adalah sembilan huruf. Dan ia pula disebut sebanyak tiga kali dalam surah tersebut. Maka jumlah keseluruhan huruf kalimah adalah 27. Namun tafsir ini hanyalah tafsir isyari sahaja, dan bukanlah asas tafsir yang ilmiah.Kesimpulan yang boleh diucapkan tentang persoalan ini, ialah beramallah dengan bersungguh-sungguh pada 10 yang akhir, kerana kita meyakini kewujudannya, sekalipun tidak tahu tentang bilakah masanya. Apatah lagi ramai di kalangan ulamak yang menganggap masanya boleh berubah-ubah malamnya, sebagaimana pendapat Imam Malik, Sufyan al-Sauri, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahuyah dan lain-lain.Perbanyakkanlah amal ibadah pada 10 hari yang terakhir ini. Dan inilah yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w. sebagaimana kata Aisyah r.a. (hadis riwayat Muslim). Ini kerana ilmu tentangya telah dipersempitkan, supaya kita semua menambahkan lagi ibadat kita bukan hanya tertentu pada satu malam sahaja, bahkan pada malam-malam yang berbilang-bilang. Bahkan Rasulullah s.a.w. menganggap diangkatkan daripada baginda ilmu tentang lailatul qadar itu sebagai satu perkara yang baik untuk kita (Hadis Bukhari), kerana ia menambahkan lagi ibadah kita. Semoga kita semua mendapat bonus malam lailatul qadar yang sangat hebat, yang merupakan lebih baik daripada seribu bulan, yang menyamai 83 tahun 4 bulan[1].[1] Berdasarkan perbincangan ini dan pendapat para ulamak, maka pendapat yang mengatakan bahawa Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan adalah pendapat yang dhoif. Ini kerana al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa ia diturunkan pada malam lailatul qadar. Dan lailatul qadar pula adalah pada sepuluh malam yang akhir, sebagaimana dalam hadis-hadis dan juga kesepakatan para sahabat. Dan 17 Ramadhan tidaklah termasuk dalam sepuluh malam yang terakhir. Ia juga menunjukkan bahawa solat sunat lailatul qadar adalah satu perkara yang bid’ah dan bukannya satu perkara yang sunat. Namun, yang sedihnya, terdapat buku yang menyunatkan demikian. Ini kerana solat tersebut tidaklah terdapat dalam mana-mana hadis. Lagipun, masa untuk melakukannya juga tidak diketahui, kerana tidak ada yang mengetahui dengan tepat, bilakah malam lailatul qadar. Dan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

INFO BERGUNA LAILATUL QADAR

ustaz zaharuddin abdul rahman

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
· 1) Berzikir
· 2) Berdoa
· 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
· 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Salam Masjid

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh dan salam sejahtera.

Pertamanya kami bersyukur kerana dapat bersama alam maya dan insyaallah bermanfaat bersama.

Masjid As Saadah merupakan sebuah masjid yang tersergam indah dan mempunyai kemudahan dewan seminar dan sebagainya.

Lokasi kami ialah di Bandar Sultan Sulaiman,Pelabuhan Utara.Dekat Muara Ikan Bakar,Tanjung Harapan.